Ketahui Manfaat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Kenapa Ianya Menjadi Keperluan

Dalam soal makanan, setiap orang perlu menjadi seperti lebah. Lebah apabila makan hanya makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas benda yang baik-baik.

Lebah hanya makan makanan terbaik iaitu intipati dan cecair manis pada bunga-bunga. Akhirnya, hanya mengeluarkan produk terbaik iaitu madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Apa yang dimakan sebenarnya mempengaruhi karakter dan keperibadian seseorang. Ada beberapa makanan yang dipuji al-Quran dan hadis. Makanan-makanan itu terpilih kerana manfaatnya kepada kehidupan sihat. Antaranya, minyak zaitun.

Di dalam surah al-Mukminun, ayat 20, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami tumbuhkan untuk kamu pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan.”

Di dalam hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya. Ada penyakit yang dapat disembuhkan dengannya. Satu di antaranya adalah kusta.”

Minyak zaitun sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Pohonnya indah dan akar-akarnya mencengkam ke bumi sehingga dilihat seperti berdiri kukuh.

Di dalam buku ‘Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit’ menyatakan, pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia, Dr Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka.

Menurut Dr Barnard, komuniti itu adalah yang jarang menghidap serangan jantung.

Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete jarang terkena serangan jantung kerana menjadikan minyak zaitun amalan mereka.

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (unstaturated fats). Menurut banyak kajian menunjukkan, lemak jenis mampu mengimbangi kadar kolestrol dalam darah (meningkatkan kolestrol baik HDL, dan menurunkan  kadar koelstrol jahat LDL), kaya dengan vitamin seperti Vitamin E dan bersifat antioksidan.

Makanan yang mengandungi antioksidan adalah makanan kelas pertama di dunia kesihatan.

Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, strok, alergi dan melambatkan proses penuaan.

Mengikut hadis yang disampaikan, Rasulullah SAW biasa mengambil campuran minyak zaitun dan cuka yang menjadi sebahagian menu utamanya setiap hari.

Dalam minyak zaitun terdapat kandungan polifenols yang tinggi. Antioksidan yang bernama hydroxityrosol merupakan antioksidan yang paling cepat meresap dan hanya ada dalam minyak zaitun. Ada yang mengukur kualiti minyak zaitun itu berdasarkan nilai keasidan, namun kembali kepada asas, ianya perlu diukur berdasarkan kualiti khasiat dalam minyak zaitun tersebut.

Jom kita lihat bagaimana minyak zaitun Olivie Plus 30x yang didatangkan khas dari Morocco ini memberi manfaat kepada masyarakat.

1. Sejarah Pengeluar Olivie Plus 30x

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco. Berpengalaman selama 125 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan syarikat Atlas Olive Oils merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Antara pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.

Keunikan & Keistimewaan Olivie Plus 30x

Ladang zaitun milik Atlas Olive Oils terletak di daerah Al-Boruj iaitu kawasan yang diklasifikasikan sebagai gurun sahara. Apabila kawasan gurun kita dapat bayangkan keadaan yang panas, kering dan berbatu di mana tidak banyak tumbuhan boleh tumbuh dengan mudah. Namun demikian atas inisiatif dan kepercayaan pengusaha ini bahawa pohon zaitun berjaya ditanam dan hidup dengan baik. Sebanyak tiga juta pokok zaitun di tanam di dalam estet yang berkeluasan sebanyak 600 hektar.

Kepadatan polyphenol yang tinggi di dalam Olivie Plus 30x  di mana ianya dipengaruhi oleh kadar yang dihasilkan oleh pohon tersebut untuk terus hidup merupakan pengukur akan kualiti minyak zaitun yang bakal dihasilkan. Persekitaran gurun, tanah yang berbatu dan kekurangan air telah memaksa pokok zaitun untuk menghasilkan buah yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi untuk membolehkan pokok itu meneruskan hidup.

Penderitaan ekologi telah memaksa pokok zaitun tersebut memberi hasil yang terbaik bagi menjaga diri dan juga kita. Buah zaitun di tanam di kawasan gurun yang tanah dan persekitarannya bebas dari sebarang pencemaran.

Pemprosesan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus ini dihasilkan di kilang pemprosesan yang terletak di dalam ladang tersebut sejurus buah zaitun segar selesai dipetik dari ladang buah zaitun.

 

2. Kesegaran Buah Yang Digunakan Untuk Penghasilan Minyak

Pengusaha yang menghasilkan minyak zaitun Olivie Plus 30x ini mempunyai sebuah mesin berteknologi tinggi untuk tujuan penuaian buah zaitun. Mesin ini mengurangkan masa menunggu untuk buah diproses menjadi minyak. Dengan adanya mesin ini, proses penghasilan minyak dapat diminimumkan sepantas 35 minit bermula dari proses tuaian.

Mesin ini hanya ada 3 unit sahaja di dalam dunia yang direka khas bagi tujuan menjamin kesegaran buah yang dituai dalam menghasilkan minyak zaitun yang sangat berkualiti tinggi. Berbeza dengan tempat lain, buah dituai secara manual, dikutip di bawah pohon dan menunggu giliran minyak diproses.

 

3. Kaedah Perahan Secara Mekanikal Tanpa Haba & Tidak Ditapis (Mechanically Cold Pressed & Unfiltered)

Menggunakan teknik pemprosesan ‘Mechanically Cold Pressed’ iaitu proses mengeluarkan minyak zaitun secara mekanikal iaitu dengan mengisar buah zaitun tanpa melibatkan sebarang bahan kimia atau pemanasan ataupun penggunaan haba. Ada proses yang menggunakan haba dan bahan kimia semasa pemprosesan unutk mendapatkan lebih minyak zaitun sedangkan haba yang tinggi akan menjejaskan khasiat dalam minyak zaitun.

Tidak ditapis bagi mengekalkan khasiat minyak zaitun di tahap yang maksimum. Minyak zaitun yang ditapis akan kehilangan 4 khasiat utama yang sebenarnya menjadi sumber kekuatan sesuatu minyak zaitun.

4. Terbukti Khasiat Berganda Melalui Ujian Makmal (Test Report )

Berdasarkan ujian makmal, kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x amatlah tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Satu Sudu Olivie Plus 30x memberikan Tiga Puluh Kali Manfaat (antioksidan) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30x yang dikeluarkan oleh Atlas Olive Oils mempunyai kandungan yang kaya dengan polyphenols (polifenol) semulajadi dan secara spesifiknya  Hydroxytyrosol yang mempunyai 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Kandungan polifenol yang dihasilkan amat penting melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi mengelakkan penyakit yang serius seperti kanser, sakit jantung, parkinson dan sebagainya.

Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak ( blood brain barrier). Kandungan Hydroxytyrosol dalam pati minyak zaitun Olivie Plus 30x adalah abdara 25 hingga 30 kali lebih tinggi dari minyak zaitun biasa. Ini dapat dilihat dengan perbandingan yang dibuat ke atas minyak zaitun extra virgin olive oil dari negara lain.

 

Terdapat dua komponen utama di dalam Olivie Plus 30X iaitu Hydroxytyrosol dan polifenol. Dua kandungan ini membezakan Olivie Plus 30X dengan minyak zaitun yang lain. Hydroxytyrosol adalah “king” antioksidan yang paling hebat ditemui sehingga kini. Nilai ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity -Kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,567 yang mana 15 kali ganda tinggi dari teh hijau. Ini boleh di lihat melalui perbandingan di bawah.

 

5. Mendapat Sijil USDA Organic.

Kenapa pentingnya untuk mendapatkan kelulusan USDA organic?

Mendapat SIJIL ORGANIK DARI USFDA (United States Food and Drug Administration) adalah sangat penting kerana ini merupakan pengiktiran dari badan antarabangsa yang menyatakan bahawa olivie plus 30x adalah makanan organik yang bebas dari bahan kimia dan penggunaan racun serangga yang terlarang..

6. Mendapat Pengiktiran Dari Pakar Nutrisi Antarabangsa.

olivie plus 30x

Profesor Henri Joyeux merupakan pakar nutrisi antarabangsa dan juga pakar bedah kanser, Hospital Universiti Montpellier, Perancis berkata

“Saya akan menggunakan Olivie Plus 30x secara meluas tanpa preskripsi, lebih-lebih lagi dalam bidang oncologist saya”

Boleh juga tonton youtube tentang penerangan olivie plus 30x dari Profesor Henri Joyeux, yang dikenali sebagai “bapa kanser dunia”, juga terlibat di dalam menerbitkan buku bertajuk “Olive Oil Antioxydants – A Treasure For Your Health”. Buku ini adalah rekod kajian ilmiah tentang penyakit kronik dan fungsi minyak zaitun olivie plus 30x dalam membantu mencegah dan merawatnya.

7. Kandungan Khasiat dalam  OLIVIE PLUS 30x

Olivie Plus 30x mengandungi polifenol iaitu Hydroxytyrosol dan Tyrosol yang amat tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain.Ini menjadikan Olivie 30 Plus amat berkuasa dan bertindak dengan lebih pantas.Kandungan Polifenol yang dihasilkan amat penting bagi melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi manfaat kesihatan dibawah :

  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengelakkan saluran darah di dalam otak tersumbat yang mengakibatkan penyakit strok
  • Mengelakkan saluran darah tersumbat di bahagian jantung yang mengakibatkan serangan jantung.
  • Memberi perlindungan kepada sel otak bagi melawan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Secara umumnya minyak zaitun mengandungi element-element berikut;

b) Vitamin A, D, K dan E

  • Meningkatkan sistem imuniti dalam tubuh badan
  • Membantu sistem pernafasan seperti asma dan sukar untuk bernafas.
  • Memberi perlindungan untuk anti-penuaan
  • Kulit akan menjadi lebih cantik dan sihat.

c) Asid Linoleik (Omega 3 & 6)

  • Menurunkan paras LDL (kolestrol tidak sihat)
  • Mengawal Tekanan Darah Tinggi
  • Melindungi dari penyakit radang seperti arthritis sendi
  • Menahan penggumpalan platlet darah

d) Antioksidan

Antioksidan merupakan sifat kepada sesuatu molekul yang bertindak melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas yang menjadi penyebab kepada perlbagai penyakit sepetrti, kardiovaskular, kanser seperti kanser kulit, payudara dan kolon dan pelbagai lagi penyakit kronik.

e) Karotene

Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi beta karotene (pro-vitamin A) yang dapat membantu memperbaiki penyakit mata seperti katarak.

f) Lemak Mono Tak Tepu

Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi lemak mono tidak tepu yang bertindak:

  • Menggantikkan lemak tepu yang tidak sihat dan hasilnya menggalakkan penurunan berat badan,
  • Mengimbangi kadar koelstrol dalam darah

g) Emollien

Emollien adalah sebatian pelincir di dalam minyak zaitun yang terdiri daripada Asid Oleik, Asid Palmitik dan Squalene. Ia bertindak sebagai perapi dan pelembap yang amat baik untuk kesihatan kulit kepala serta melembutkan dan melebatkan rambut.

Olivie Plus 30x juga membantu mengatasi kulit kering dan melembapkan kulit. Minyak zaitun secara alami seperti minyak yang dibuat khas oleh kulit, sehingga mudah diserap dengan baik ke dalam kulit.

Minyak zaitun biasanya tidak menyebabkan alergi,akan tetapi disarankan untuk tidak dioleskan ke kulit yang berjerawat. Dan menurut salah satu penelitian, minyak zaitun bahkan dapat membantu melindungi tubuh dari serangan kanser kulit.

Antioksidan dan anti-inflamasi yang ada dalam minyak zaitun diduga dapat membuat kulit menjadi halus dan lebih berseri. Selain dioleskan ke kulit, mengamalkan minyak zaitun juga dapat memberi manfaat antioksidan yang tinggi dan membantu menghalang radikal bebas dan mengurangi keradangan kulit yang mempengaruhi kerutan dan kekencangan kulit.

 

8. Apakah Manfaat Yang Diperolehi Bila Amalkan Olivie Plus 30x

Segala khasiat dan keistimewaan sebenarnya sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa memang ianya sangat baik untuk diamalkan dalam penjagaan kesihatan mahupun mengubati sesuati penyakit. Jika dikaji dari sudut nutrisi ianya merupakan salah satu lemak sihat yang sememangnya bagus untuk kesihatan. Jom kita lihat apa maklumbalas serta pengalaman mereka yang dah amalkan Olivie Plus 30x ini.

Penerimaan dan kesan terhadap individu mungkin berbeza. Antara faktor tersebut ialah amalan pemakanan harian, jantina, umur, tempoh menghidapi sesuatu masalah, kadar metabolisme dan lain-lain.

Perlu diingati bahawa, pengambilan air masak dalam sehari haruslah mencukupi bagi menyokong sistem badan untuk berfungsi dengan baik.

Masalah kolesterol tinggi

Masalah Psioriasis

Masalah Eczema

Masalah Cyst/Fibroid/Senggugut

Masalah period tidak stabil

Masalah kencing manis

Masalah pernafasan

Masalah gastrik

Masalah kanser

“Sebatian Minyak Zaitun Membunuh Sel-Sel Kanser Dalam Tempoh Sejam: Oleocanthal Sangat Berkuasa”

Satu kajian saitifik yang sahih dan terkini oleh Rutgers University dan Hunter College telah menunjukkan keberkesanan molekul oleocanthal. OLIVIE Plus 30x mengandungi 30 kali ganda oleocanthal berbanding minyak-minyak zaitun “extra-virgin” yang lain. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kajian ini, sila ikuti pautan berikut.

 

Dapatkan Olivie Plus 30x sekarang!. klik di sini untuk order.

 

Leave a Reply



Hj Firdaus Osman

7 months ago

Alhamdulillah..minyak zaitun Olivie Plus 30x ni memang bagus. Sesuai diamal seisi keluarga.

Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: