Beras Putih vs. Beras Perang dan Beras Rebus

Beras putih dihasilkan daripada padi. Apabila kulit luar dibuang dan hanya tinggal selaput bran pada beras, ia beras perang. Jika bran juga dibuang, ia dinamakan beras putih.

Oleh itu beras perang mempunyai serat yang lebih banyak (kira-kira 5%) dan ini menyebabkan bacaan GI menjadi rendah beranding dengan beras putih.

Selain itu kadar mineral dan vitamin beras perang lebih tinggi dari beras putih.

Selain dari beras perang, beras rebus (parbolied rice) juga mempunyai serat, mineral dan vitamin yang lebih banyak berbanding dengan beras putih. Bacaan GI pun lebih rendah dari beras perang.

Beras rebus dihasilkan dari proses pengewapan yang meninggalkkan lebih banyak selaput bran pada permukaan padi.

Selaput bran ini mempunyai kandungan mineral (seperti potassium), vitamin (seperti vitamin B kompleks dan vitamin E tocotrienol) dan fitokimia (seperti orizanol dan ferulik),


Dengan menukarkan pengambilan beras putih kepada beras perang atau beras rebus, dapat mengurangkan risiko mendapat masalah obesiti, diabetis mellitus dan serangan sakit jantung.

Saya kadang kala mengunakan beras perang atau beras rebus untuk memasak nasi goreng untuk anak-anak. Saya campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam masakan, bersama sayur yang dipotong halus yang banyak, dan telur.

Gabung minyak zaitun dan beras peras/rebus menjadikan makanan kita menjadi lebih padat denga nutrisi. Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari.

Boleh klik butang berikut untuk mendapatkan minyak zaitun OLIVIE yang terbaik.

#oliviedrzubaidi
#nutrisidrzubaidi

Artikel asas: FB Page Dr Zubaidi Haji Ahmad

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: