KULIT YANG CANTIK BERMULA DARI PEMAKANAN YANG BAIK

Tak pernah expect ada orang perempuan tanya kulit nampak lain..lain yang macam mana? Ada yang cakap nampak licin dan lembut…susah juga nak jawab sebab bukan intention saya pun. Tapi bila kerap ditanya, saya cakap hanya jaga pemakanan dan adalah amalkan makan minyak zaitun dan sapu-sapu sikit..

Bila dah banyak kali ditanya..saya pun mula buat research. Dalam kebanyakan bahan yang saya kumpul memang menyatakan pemakanan yang baik memberi kesan kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

Apabila kita mengambil makanan yang penuh dengan antioksidan seperti lemak sihat, air, dan nutrien penting, tubuh kita akan memberikan hasil yang sangat diidamkan kepada organ terbesarnya iaitu kulit kita. Lagipun, kulit sering menjadi bahagian pertama badan kita untuk menunjukkan masalah dalaman, dan dari situ akan ada banyak lotion, krim dan serum yang boleh memainkan peranan melainkan kita melihat dengan lebih dekat apa yang memudaratkan kita.

Ramai penyelidik menyatakan bahawa dengan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara paling selamat dan menyihatkan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan garis-garis halus.

Berikut adalah makanan yang disarankan:
– Brokoli
– Betik
– ‘Sweet potato’
– Avocado
– Bayam
– Blueberries
– Extra Virgin Olive Oil
– Jus Delima dengan Biji

Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ianya juga hadir dengan antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan (anti-aging) dan menghadirkan seri wajah dari dalam.

Menurut Majlis Olive Antarabangsa (IOC), minyak zaitun mempunyai banyak vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E. Di mana ianya memberi manfaat kepada kulit.

Minyak zaitun memgandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan akibat sinaran ultraviolet yang menyebabkan kanser. Ia mempunyai kepekatan yang sangat tinggi dari bahan yang disebut _squalene_ berbanding dengan jenis lemak dan minyak lain yang biasa dimakan. Squalene khasiat yang memberi minyak zaitun meningkatkan keupayaan antioksidan.

Olivie Ultrapop adalah kombinasi nutrisi yang lengkap. Ianya sarat dengan antioksidan berbanding minyak zaitun biasa yang tebukti melalui ujian makmal dengan pelbagai pengiktirafan Antarabangsa. 2 sudu minyak zaitun Olivie Plus 30x memberikan badan anda tenaga yang cukup manakala 1 sudu _pearl_ Olivie Power Up melengkapkan antioksidan untuk melawan oksidasi yang memberi kesan negatif kepada kesihatan dan kulit anda.

Jadi buat kakak-kakak di luar sana…cubalah Ultrapop untuk lebih sihat & bertenaga, wajah berseri secara semulajadi dan selamat tinggal kepada masalah jeragat, kulit kusam, garis halus atau risiko bahan kimia.
Yang penting kena istiqomah. Bukan nak magic dalam satu malam.

#oliviedrzubaidi #lebihsihatdanbertenaga

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: