MANFAAT MAKAN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN KEPADA TUBUH

Ramai masyarakat di negara ini yang masih keliru tentang manfaat atau kaedah memakan minyak zaitun dalam kehidupan.

Apapun pandangan, ianya mesti bersandarkan fakta atau kajian yang kukuh untuk kita jadikan rujukan hatta ianya datang dari seorang yang berpangkat Doktor, Ustaz, atau seumpamanya. Tambahan pula amalan minyak zaitun di negara kita adalah bukan budaya asal kerana kita tidak mengeluarkan minyak zaitun tetapi, merujuk kepada amalan masyarakat Mediterranean yang disokong oleh kajian santifik tetang minyak zaitun ianya mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti American Heart Association (AHA), US Foods & Drugs Administration (USFDA) dan sebagainya.

Dalam dunia minyak zaitun ianya terdapat 5 jenis. Di mana pelbagai kualiti bergantung kepada proses dan komposisi. Untuk tujuan kesihatan, jenis yang disarankan untuk dimakan adalah jenis Extra Virgin Olive Oil. Samada dicampur dalam makanan atau dimakan terus kerana:

  • Prosesnya hanya sekali perahan, tidak menggunakan haba, diperah secara mekanikal
  • Tidak dicampur minyak lain
  • jadi komposisinya kaya dengan asid lemak tidak tepu (unsaturated fats), kaya vitamin asal.

Berbeza dengan jenis lain seperti Virgin Olive Oil, Pomace, Light & Extra Light. Minyak jenis ini telah melalui perahan ke 2, yang dicampur minyak lain, atau perahan yang mengenakan haba tinggi bagi memaksimumkan minyak dari proses perahan. Proses2 ini sebenarnya mengubah komposisi asal dan mengurangkan khasiat. Tidak sesuai diambil secara terus.

Persoalannya bolehkah minyak zaitun dimakan terus?

Sekali lagi kita nilai sesuatu berdasarkan fakta dari hasil ujian oleh pakar bidang sains dan juga kita sebagai orang Islam perlu rujuk juga kupasan orang-orang yang arif dalam bidang agama bersandarkan tadabbur ayat dan tafsir. Jika sesiapa pun hadir dengan rumusan dari pembacaan atau pendengaran maka selayaknya kita nilai betul-betul.

Pembentukan manusia terdiri daripada sel-sel yang membentuk organ dan tisu. Gabungan organ-organ membentuk sistem yang terdapat dalam tubuh manusia.

Sel-sel memerlukan makanan untuk membekalkan tenaga dan pembentukan sel-sel baru menggantikan sel-sel lama/mati terus berlaku. Pemakanan yang baik membantu perlindungan dan penghasilan sel yang berkualiti justeru menyumbang kepada kesihatan yang baik. Malah ianya juga membantu memperbaiki kesihatan organ/sistem badan yang mempunyai masalah.

Minyak zaitun extra virgin sangat tinggi kandungan lemak tak tepu dan mengandungi jumlah vitamin E dan K yang paling cukup nisbahnya. Ianya juga kaya dengan antioksidan, yang mempunyai manfaat besar kepada kesihatan.
_Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/extra-virgin-olive-oil#section2_

Dalam artikel di atas disertakan journal dan keputusan kajian bagi setiap kenyataanya. Salah satu journal yang dalam artikel ini adalah seperti berikut:
_https://www.cambridge.org/core/journals/nutrition-research-reviews/article/phenolic-compounds-of-olive-oil-structure-biological-activity-and-beneficial-effects-on-human-health/EE4FA28B6CD751AA15B278589A447A3D_

Dari sudut Al-Quran, minyak zaitun disebut 6 kali secara jelas dan terdapat hadis sohih tentang amalan minyak zaitun.

“Makanlah minyak zaitun dan berlumurlah dengannya kerana ia datang dari sumber yang diberkati” -HR At-Tirmizi & Ibnu Majah

Sebagai seorang muslim, apakah rujukan utama kita? Sudah tentu Al-Quran & Hadis. Sains merupakan salah satu cabang ilmu dari Al-Quran. Dan dua bidang ilmu ini wajib diambil kira dalam menerangkan sesuatu perkara.

 

Pesanan Untuk Difikirkan

Minyak zaitun extra virgin adalah makanan yang sangat sihat. Adapun golongan yang mempertikai dengan menyabitkan kes-kes tertentu, harus dikaji dengan teliti apakah jenis minyak zaitun yang terlibat. Pastinya bukan disebabkan pengambilan jenis extra virgin tulen.

Bagi orang yang mengalami penyakit jantung atau berisiko tinggi untuk mendapatkannya pada masa akan datang, minyak zaitun adalah berfungsi sebagai “superfood.”

Walau bagaimanapun … ia amat penting untuk mendapatkan jenis yang betul. Iaitu, minyak zaitun extra virgin tulen yang belum dicampurkan dengan minyak yang lebih murah. Cari yang diikitiraf organik oleh badan2 yang sah seperti USDA Organik. Dengan proses dan ketulenannya, sudah tentu harganya bukan semurah yang telah dicampur. Keputusan pilihan anda mempengaruhi kesihatan anda.

Manfaat lemak yang indah ini adalah antara beberapa perkara yang kebanyakan orang dalam bidang pemakanan sebenarnya bersetuju. Janganlah anda terpedaya dengan kenyataan yang tidak mempunyai sokongan fakta yang relevan.

Bacaan lebih terperinci tentang minyak zaitun Olivie Plus 30x:
http://www.olivie.ma/malay/beneficial-effects.html

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: