MEMAHAMI KHASIAT MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

Golongan yang mengamalkan memakan minyak zaitun dikalangan masyarakat Malaysia adalah terlalu minoriti. Samada masyarakat kita tidak mengetahui khasiat minyak zaitun, tidak didedahkan manfaat kepada kesihatan, atau terlalu skeptikal dek kerana minyak zaitun dari bukan sumber yang asli.

Situasi ini berbeza dengan masyarakat Mediterranean dan Eropah yang menjadikan minyak zaitun sebagai makanan harian. Apa bezanya amalan minyak zaitun antara kita dan mereka? Salah satunya adalah penyakit tidak berjangkit seperti kanser, jantung & kencing manis pada usia muda serta nisbahnya terhadap jumlah penduduk.

Sebelum kita memahami tentang khasiat minyak zaitun kita fahami dahulu hikmah dan suruhan penjagaan pemakanan. Sudah tentu kita pernah dengar ungkapan ‘Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara’ di mana salah satunya ialah NIKMAT SIHAT SEBELUM SAKIT. Hanya yang merasai sakit mengerti akan nikmatnya sihat. Ramai yang lupa akan nikmatnya sihat dikala badan masih gagah dan mampu melakukan semua perkara tetapi lebih rasa menghargainya apabila mula sakit. Sakit yang sekejap seperti demam, selsema dan sakit-sakit ringan merupakan peringatan Allah kepada kita dan tanda kasih dan sayangNya kepada kita. Untuk kita mengingat kembali akan salah laku atau kealpaan kita terhadap perintah Allah SWT.

Akan tetapi, apabila sesuatu penyakit berat menimpa, seperti jantung, kencing manis, kanser, dan sebagainya ada yang terus meletakkan ianya adalah takdir dan dirinya sedang diuji. Ya betul sedang diuji. Tetapi Allah sebenarnya mahu kita dan orang lain turut berfikir, apakah kesalahan yang kita lakukan. Salah satunya adalah tabiat pemakanan yang tidak baik yang akhirnya menganiaya badan sendiri sehingga mendapat sakit.

Pesanan Allah SWT dalam Surah Abasa Ayat 24 adalah untuk manusia melihat kepada pemakanan begitu jelas.

Dan juga banyak ayat2 lain yang menyebut untuk makan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ada yang disebut secara jelas seperti Zaitun, Tin, Kurma, Delima, Anggur dan Pisang.

Zaitun yang disebut pula adalah dalam bentuk minyak. Hakikatnya kita hari ini telah dikelirukan bahawa setiap minyak adalah tidak baik. Sedangkan banyak kajian dan journal menunjukkan khasiat minyak zaitun merupakan salah satu jenis nutrisi yang diperlukan badan setiap hari. Walhal ianya adalah makanan yang kita perlukan setiap hari. Majoriti komposisinya adalah dari lemak jenis tak tepu (un-saturated fats) dan mempunyai sifat antioksidan, antikeradangan yang menyumbang kepada perlindungan kepada tubuh badan. Ia juga mengandungi vitamin.

Salah satu kehebatan minyak zaitun sehingga disebut dalam Al-Quran dan menjadi amalan adalah kerana terdapat sejenis antioksidan (hidroxytyrosol) yang hanya terdapat dalam minyak zaitun. Ianya merupakan antioksidan paling berkuasa dan cepat meresap ke dalam tubuh.

Lemak/Minyak yang dikatakan tidak baik itu adalah yang diproses menjadi transfat (lemak terhidrogen) dan yang tinggi lemak tepu (saturated fats). Banyak terdapat dalam makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan makanan bergoreng.

Kita perlukan makanan untuk bekalkan tenaga yang kita boleh dapati dari karbohidrat & lemak sihat. Disamping itu juga, tubuh kita perlukan nutrisi seperti protin, mineral, vitamin, serat dan air untuk fungsi2 yang tersendiri. Kegagalan tubuh untuk dapat kesemua nutrisi ini dalam kuantiti cukup dari sumber yang semulajadi akan membawa kepada gangguan sistem, organ hatta kepada sel itu sendiri ditambah tersimpannya toksin yang membuatkan siatem badan menjadi huru hara.

 

Soalnya bagaimana minyak zaitun menyumbang kepada keperluan & kesihatan tubuh badan kita?

Konsepnya begini, untuk bina sebuah bangunan yang teguh dan berfungsi haruslah dari bahan binaan yang betul dan berkualiti. Barulah ia dapat menampung apa jua fungsi yang kita inginkan.

Minyak zaitun merupakan makanan untuk membina sel-sel tubuh. Yang mana setiap organ terbentuk daripadanya. Dan sistem pula merupakan kombinasi organ-organ. Jika sel-sel ini mendapat makanan dari sumber yang betul dan berkualiti barulah tubuh kita beroleh organ dan sistem serta jasad yang sihat. Justeru setiap insan memerlukan lemak sihat seperti minyak zaitun kerana ianya menjamin kehidupan yang sihat.

Lihat, apabila kita memberikan makanan yang tidak betul (tiada serat, mineral, vitamin, protin) seperti gula putih, makanan berproses, berperisa tiruan, pewarna tiruan, bahan pengawet.. jadi dimanakah ‘makanan untuk sel’? Makanan berposes telah hilang kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. Apabila diambil ianya menjadi bahan buangan semata dan tiada zat yang dapat dimanfaatkan oleh tubuh. Malah ianya menjadi toksid kepada tubuh. Dalam tempoh yang lama, ia akan mengganggu kestabilan, berlakunya keorsakan sel, berlakunya keradangan, penyumbatan salur darah dan akhirnya terjadilah sakit.

Jantung: penyumbatan, keradangan
Kanser: kerosakan DNA sel
Kencing manis: kegagalan pankreas berfungsi dengan baik.

 

Persoalan seterusnya pula, bolehkah minyak zaitun menjadi pelindung penyakit dan merawat penyakit?

Contohnya kereta yang dicipta untuk menggunakan minyak RON95 untuk berfungsi dengan baik tetapi kita gunakan minyak yang rendah kualitinya, komposisinya sudah tidak mengikut spesifikasi. Lama kelamaan ia akan menjejaskan performance kereta tersebut. Jadi untuk atasi masalah ini, perlu hentikan penggunaan minyak yang salah. Mula gunakan minyak yang betul, kalau ia berterusan berisiko akan merosakkan bahagian2 tertentu.

Begitu juga kita, perlukan makanan sebenar. Minyak zaitun merupakan salah satu makanan sebenar. Salah jenis/kualiti minyak akan menjejaskan performance, tak makan minyak zaitun maksudnya tak berikan makanan/bahan bakar yang betul kepada badan. Minyak zaitun didatangkan dengan vitamin, sifat antioksidan & antikeradangan yang memainkan peranan menghalang pengumpulan lemak LDL, mengatasi keradangan dan membantu pembinaan sel yang baik.

Ini sebahagian fungsi asas tubuh itu dicipta. Justeru minyak zaitun berfungsi sebagai mencegah dan membantu membersih dan membina semula bahagian-bahagian yang rosak mengikut tahap kerosakan tersebut. Andaikata ada bahagian yang rosak perlu diganti/dibaiki dalam kadar segera di sinilah berlakunya proses luar seperti pembedahan dan penggantian organ.

 

Manfaat Minyak Zaitun Extra Virgin

Khasiat minyak zaitun extra virgin dengan komposisi lemak tidak tepu (un-saturated fats), antioksidan dan vitamin yang hadir dalamnya banyak menyumbang kepada kesihatan manusia. Disamping pengambilan makanan yang betul dan air yang mencukupi berikut antara manfaat minyak zaitun kepada kesihatan:

  • Membekalkan Tenaga
  • Menurunkan kolestrol LDL
  • Meningkatkan kolestrol HDL
  • Mengatasi masalah kestabilan hormon wanita: senggugut, period tak stabil, cyst & fibroid
  • Membantu masalah kulit: eczema, psoriasis
  • Melembapkan kulit
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan keradangan
  • Mencegah kanser
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menurunkan bacaan gula dalam darah
  • Meningkatkan daya ketahanan badan

 

“Extra Virgin Olive Oil. The FDA says eating 2 tablespoons of olive oil a day may reduce the risk of heart disease, due to its monounsaturated fat content. Extra virgin olive oil also contains polyphenols which act as antioxidants, reducing the oxidative stress throughout your body”

Apakah jenis minyak zaitun yang perlu kita pilih?

Sudah kita fahami bahawa khasiat minyak zaitun extra virgin menyumbang kepada lemak sihat dan fungsi antioksidan yang sangat berguna untuk tubuh.

Menurut journal dan research, minyak zaitun extra virgin adalah jenis yang disarankan sebagai pemakanan bagi tujuan kesihatan. Extra virgin dalam bahasa mudah difahami adalah pati. Yang tidak dicampur. Yang sekali perah. Yang diperah secara mekanikal tanpa dikenakan haba dan tidak di’refine’.

Jika di Amerika, mereka amat menitikberatkan akan kualiti minyak zaitun Extra Virgin sehingga FDA telah mewujudakan garis panduan ujian bagi menentukan keaslian dan organik di bawah USDA ORGANIK. Tidak kurang hebatnya persatuan2 bebas yang menjaga kepentingan keaslian minyak zaitun extra virgin yang mana rata2 ujian terhadap minyak zaitun yang dilabel extra virgin dalam pasaran hakikatnya bukan kesemua sample tersebut menepati ciri2 extra virgin. Bermakna berlakunya percampuran dengan minyak lain atau minyak berkualiti rendah (bukan extra virgin). Bagaimana pula kita di Malaysia?

Pati adalah yang asli dan hasil perahan pertama dengan ciri2nya. Ditambah pula organik sudah tentu ianya bukanlah semurah apa yang majoriti terdapat dalam pasaran. Jika kita ingin amalkan untuk kesihatan, harus memilih yang betul-betul asli dan organik.

Olivie Ultrapop daripada Olive House adalah salah satu jenama yang disarankan. Kerana:

  • Mendapat pensijilan USDA ORGANIK & EUROPEAN STANDARD
  • Ujian makmal mendapati kandungan antioksidan (hidroxytyrosol) dalam Olivie Plus 30x adalah 30 kali ganda berbanding minyak zaitun biasa.
  • Ujian makmal mendapati kandungan antioksidan (hidroxytyrosol) dalam Olivie Power Up adalah umpama khasiat yang terkandung dalam 10L minyak zaitun biasa.
  • Dihasilkan dari buah yang segar. Dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi (hanya 3 unit mesin di dunia), minyak dihasilkan dalam masa 30minit dari tuaian.
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Kosher, ISO dan sebagainya.
  • Terdiri daripada lemak sihat (Olivie Plus30x) dan esktrak dari daun, buah & ranting yang sarat dengan antioksidan (Olivie Power Up).

Kualiti dan keasliannya terjamin untuk kita amalkan. Ianya tidaklah semahal kos perubatan berbanding kita pilih salah minyak zaitun.

 

Pengalaman Pengguna

Lakukan perubahan hari ini. Amalkan minyak zaitun extra virgin untuk lebih sihat dan bertenaga.

Dapatkan Olivie Ultrapop anda hari ini. Klik butang di bawah:

 

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: