Mengapa Makanan Berkhasiat Lebih Mahal, Tambahan Yang Organik?

Hujung minggu yang lalu Haji Firdaus bersama tim menguruskan Karnival Sihat Masjid 2.0 yang beralngsung di Masjid Seremban Jaya. Salah satu acara pada malam 17 November adalah Forum Kesihatan Islam yang dikendalikan oleh seorang moderatpr dan dua orang panel. Di penghujung forum jemaah diberikan peluang untuk bertanya dan antara salah satu soalan yang ditanya kepada panel berbunyi;

Kenapa makanan-makanan semulajadi dan organik ini agak mahal harganya?.

Hj Firdaus terasa gatal tangan nak pegang mikrofon untuk jawab tetapi nanti orang tengok pelik pula. Inilah perkara yang sering dikongsikan dengan rakan usahawan bagaimana memahami kedudukan makanan ‘natural’ dan organik ini dalam kehidupan. Majoriti orang bercakap tentang isu harga ini. Tapi Hj Firdaus nak kongsikan satu konsep mudah agar yang bertanya dapat ambil sedikit asas mudah unutk dijadikan rujukan.

Badan manusia ini terdiri daripada sel-sel dan tisu-tisu. Mereka ini perlukan makanan yang mempunyai nutrisi berikut bagi memastikan setiap organ dan sistem badan berfungsi dengan baik. Nutrisi yang dimaksudkan adalah:

  • Karbohidrat lengkap
  • Lemak Sihat
  • Vitamin
  • Mineral
  • Protein

Yang mana kesemua di atas perlu hadir bersama seratnya. Ada satu lagi nutrisi yang penting iaitu AIR. Lima kategori di atas yang kita sebut sebagai makanan. Walaupun dalam makanan tersebut mengandungi air, tetapi badan kita perlukan air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3.0 liter air sehari.

 

Lihat makanan segera, jajan, makanan yang diproses dan seangkatan dengannya. Memang harganya lebih murah berbanding harga makanan semulajadi. Akan tetapi kita perlu perhatikan dan menggunakan akal dan bertanya;

Dimanakah khasiat dan nutrisinya snek (jajan), makanan segera dan makanan yang diproses?

 

Tiada kan? Layakkah kita panggil ianya makanan atau tidak kurang sam dengan sampah (crap)?. .Jika kita ambil kesemua itu, ianya tidak memberi manfaat kepada badan. Hanya sekadar rasa kenyang sementara. Malah ‘all those crap’ akan menjadi bahan yang mudarat kepada badan dengan bahan perasa, pengawet, pewarna, vitamin tiruan, mineral tiruan dan bahan kimia lain. Seakan kita meracuni tubuh kita pula dengan bahan sedemikian. Walaupun dengan kuantiti yang dibenarkan, ianya bermakna tidak memebri mudarat sewaktu anda memamakannya tetapi kesan jangkamasa panjangnya tiada siapa akan bertanggungjawab.

Lain pula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, kekacang, semuanya hadir dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang secara semulajadi. Manakala yang organik itu bermakna bebas dari racun serangga & baja kimia. Ianya tidak tahan lama, perlu penyimpanan yang baik, manakala dalam fasa perusahaan perlu berperang dengan serangga dan makhluk perosak. Itulah kitaran semulajadi. Yang ini sebenarnya yang kita namakan makanan sebenar (real foods). Ada juga makanan yang tinggi nilai antioksidan dan itu dinamakan superfoods / functional foods.

Sekarang kita dah punya asas apa yang dinamakan makanan sebenar dan bukan makanan sebenar (fake foods). Natural foods bukanlah mahal, tetapi memang itulah harganya. Yang menampakkan ianya mahal kerana fake foods itu dijual lebih murah berbanding real foods.

Habis tu nak makan apa bila rasa lapar? Pesanan Haji Firdaus mudah, sebelum kita nak makan tu perhatikanlah makanan etrsebut dan rujuk elemen di atas samada ianya kategori real foods atau fake foods. Selain dari waktu kita makan berat, bilamana kita terasa lapar , carilah buah potong yang pelbagain warna dan rasa, ambil satu sudu minyak zaitun Olivie Plus 30x dan perbanyakkan minum air masak. Itu lebih baik.

Lebih Sihat dan Bertenaga.

Haji Firdaus.

 

Kepada yang nak dapatkan Olivie Plus 30x, boleh tekan butang berikut.

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: