PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG KENCING MANIS

Karbohidrat merupakan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk membekalkan tenaga. Ianya boleh hadir dari sumber semulajadi atau yang telah diproses. Pengambilan karbohidrat sangat berkait rapat dengan masalah kencing manis/diabetes/tinggi kandungan gula dalam darah.

 

Sumber semulajadi hadir dengan serat yang mempunyai nilai mineral & vitamin. Atau lebih dikenali sebagai karbo kompleks. Manakala yang telah diproses adalah yang telah dibuangkan seratnya bagi mendapat kuantiti ataupun tujuan untuk nampak elok. Jenis ini dipanggil karbo ringkas. Dan ianya tiada serat, tiada vitamin dan tiada mineral. Hanya kalori semata.

 

Jadi, apa kaitan dengan kencing manis?

Dalam kehidupan seharian kita akan makan nasi putih, roti, kuih, biskut dan air manis. Ini normal. Kalau tak makan ni nak makan ape? Betul tak? Dulu saya pun begitu, tapi bila sedar hakikat ianya boleh membawa kepada risiko kencing manis, sakit jantung terus saya hentikan dan gantikan dengan sumber lebih baik.

 

Begini, karbohidrat yang kita makan apabila masuk dalam badan akan diurai menjadi gula (glukosa). Badan kita hanya memerlukan gula dalam kuantiti tertentu dan apabila ianya tidak digunakan ianya akan disimpan sebagai lemak. Manakala jika ianya berlebihan, ianya akan disimpan sebagai lemak pada otot2, organ dan anggota badan.

 

Bagi karbohidrat kompleks, kadar uraiannya agak perlahan kerana ada fibre/serat. Tetapi karbo ringkas, ianya sangat cepat ditukar menjadi gula dalam badan. Gula putih adalah sejenis karbo ringkas. Dari tebu melalui beberapa proses di mana tiada serat yang tinggal. Apabila masuk dalam badan memang akan dikesan sebagai gula. Kemudian bermulalah perjuangan organ pankreas untuk mengeluarkan hormon insulin bagi mengangkut gula dalam darah kepada sel untuk ditukarkan kepada tenaga.

Apabila kita memilih karbohidrat, kita akan dengar orang mula bercakap tenatng Glisemic Index (GI). Ia adalah ukuran kadar kecepatan karbohidrat itu ditukar menjadi gula.

Kuantiti gula yang terlalu banyak dan begitu cepat masuk dalam badan terus ke diserap ke dalam darah membuatkan pankreas berkerja pada kadar lebih dari maksimum sehingga tidak cukup bagi menampung keperluan. Lama-kelamaan pankreas pun penat dan jadi tidak efisien dalam bertindakbalas dan penghasilan insulin.

 

Bila kuantiti gula terus menerus masuk ianya tidak lagi mampu merembeskan insulin pada kadar dan kuantiti yang sepatutnya..maka gula tersebut akan terus berada dalam darah. Ini yang kita panggil ‘sugar spike’. Dan sel pula tidak lagi dapat bergantung kepada insulin sebaliknya mencari sumber dari tisu, otot dan organ lain.

 

Pada usia muda kita tak rasa akan kesan kepada pankreas, hakikatnya di dalam badan pankreas cukup tertekan untuk berfungsi. Dalam jangka masa panjang terjadilah diabetes atau namanya kencing manis.

 

Apakah simptom seseorang itu mula punyai kandungan gula semakin tinggi?

Cara nak tahu anda mungkin berisiko menghidap diabetes adalah untuk perhatian jika ada simptom-simptom berikut;

  • cepat lapar walaupun baru makan
  • kerap berasa letih
  • ketagih minuman atau makanan manis
  • mudah dahaga
  • kerap kencing
  •  belly fat semakin naik

Ini sebenarnya sebagai petanda bahawa jika tidak dijaga pemakanan pasti kemudian hari kita akan menghidap diabetes dan membawa kepada banyak penyakit lain antaranya:

  •  Masalah kulit
  •  Obesiti
  • Masalah saraf yang membawa kepada masalah sembelit
  • Luka lambat pulih
  • Masalah penglihatan; rabun, katarak, glaucoma
  • Masalah kardiovaskular: darah tinggi, strok, penyumbatan salur darah, serangan jantung,
  • Kerosakan buah pinggang
  • Risiko kanser
  • Risiko fatty liver

 

Jadi bagaimana cara untuk mengatasi/mencegah kencing manis/diabetis?

Kadang-kadang kita terlepas pandang dan sempit pemikiran tentang gula dalam pemakanan harian. Kita hanya berfikit tentang gula putih. Sebalikya nasi putih, roti-roti berasaskan tepung gandum biasa juga merupakan penyumbang kepada masalah kencing manis.

Pertama; memang kena hentikan sumber/punca masalah. Tinggalkan segala karbo ringkas (3P). Gantikan dengan karbo kompleks.
❌ gula putih: minuman manis bergula, susu pekat
❌ roti berasaskan tepung gandum biasa: roti buku, roti canai, tosei,
❌ nasi putih/beras biasa

Bagi yang sihat boleh ambil tetapi bukanlah selalu. Paling baik gantikan beras putih kepada beras perang atau beras rebus. Pilih roti wholemeal.
Masukkan pengambilan extra virgin Olive Oil dalam pemakanan harian. Cadangan saya Olivie Plus kerana kahsiatnya adalah 30x ganda berbanding minyak zaitun biasa.

Kedua, banyakkan makan sayur2an dan buah2an campuran pelbagai warna dan rasa. Harus diingat, jangan asyik nak buah manis je. Dan jangan pula asyik buat jus yang seratnya dibuang. Makan dalam buah itu sendiri lebih baik. Gunakan cuka buah tin dan lemon dalam menyediakan salad. Campurkan sedikit serbuk kayu manis ceylon ke dalam makanan dan minuman.

Ketiga, perbanyakkan minum air masak. Sedangkan kereta perlukan air untuk berfungsi dengan baik, apatah lagi manusia. Minum air meneral 1.5L dari pagi sampat tengah hari, kemudian 1.5L lagi dari tengah hari sampai malam. In syaa Allah mencukupi.

Keempat, berpuasa. Tidaklah Allah mewajibkn puasa di bulan ramadhan melainkan ianya ada hikmah untuk kesihatan kita. Nabi Muhammad SAW menjadikan puasa isnin&khamis satu sunnah salah satu hikmahnya adalah bertujuan untuk merehatkan sistem badan. Tetapi jangan pula semasa berbuka kita masih ambil makanan-makanan yang memberati sistem badan dan makan secara berlebihan.

 

Apakah cadangan makanan superfoods untuk pesakit diabetes?

Kalau dirujuk asas konsep pemakanan & nutrisi, setiap orang perlukan minyak zaitun samada yang sihat atau yang sakit.

Monounsaturated fats & antioksidan dalam olive oil membantu untuk improve fungsi  organ & sistem.

Dalam kes diabetes, minyak zaitun merupakan suatu keperluan untuk membantu membaikpulih sistem pankreas kita.

Kepada pesakit yang tiada masalah buah pinggang:

Cuka teen & kayu manis memberi kesan langsung kepada kandungan gula di dalam darah. Mineral bernama potassium dalam cuka & mineral dalam kayu manis memberi kesan yang cepat kepada bacaan gula dalam darah.

Jadi kombinasi 3 produk (minyak zaitun, cuka & kayu manis) adalah ramuan yang disarankan untuk bantu ikhtiar mengatasi masalah diabetes disamping kawal pemakanan harian dan ambil air masak yang secukupnya.

 

Dapatkan set atasi diabetes anda hari ini. Klik butang di bawah.

 

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: